PERJUANGAN ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris, berakhir selepas menamatkan perlumbaan saringan pertama repechages, di kedudukan ketiga.
Berlumba bersama pemilik rekod dunia acara pecut dari Kanada, Kelsey Mitchell, Nurul Izzah memimpin perlumbaan sebelum pacer meninggalkan trek.
Dia meletakkan dirinya di belakang sekali untuk memantau pecutan pelumba lain sebelum menempatkan dirinya di kedudukan ketiga dan mengejar rapat Katy Marchant.
Namun di garisan penamat, Kelsey pertama melepasinya diikuti Katy manakala Nurul Izzah di kedudukan ketiga.
Meskipun cabaran Nurul Izzah dalam acara keirin sudah berakhir, dia masih mempunyai peluang untuk mempamerkan prestasi terbaik dalam acara pecut individu wanita.