ATLET pecut para lelaki T44 (kecacatan fizikal) negara Eddy Bernard memberi kegembiraan buat kontinjen negara dengan meraih pingat gangsa pertama selepas empat hari temasya Sukan Paralimpik Paris berlangsung.

Cuaca baik di Stade de France menyaksikan larian bertenaga daripada atlet kelahiran Sabah berusia 23 tahun ini mencatat 11.58s hanya ketinggan dua saat di belakang pemenang pingat perak dari Cuba, Vives Suares Tamel Luis.

Manakala pingat emas pelari pilihan dari Afrika Selatan Mhlongo Mpumelelo yang juga merupakan juara pada Kejohanan Dunia baru-baru ini.

Kemenangan ini juga menyaksikanEddy berjaya memperbaharui rekod peribadinya yang dibuat pada Kejohanan Dunia di Kobe Mei lalu iaitu 11.77 saat.