DATUK Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, menjadi sandaran Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) untuk memburu pingat emas di Temasya Olimpik Paris 2024, tahun hadapan.

Justeru, Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata, dua pelumba terbabit akan menyertai siri kejohanan Nations Cup di Jakarta, Indonesia, pada 23-26 Februari depan, kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke temasya empat tahun sekali itu.

Amarjit Singh Gill sasarkan Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Mohd Zonis.

“Pelumba lain juga akan sertai kejohanan ini, namun these two (Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus) adalah dua atlet utama for Paris 2024,” kata Amarjit, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau memberitahu lapan lagi pelumba akan mengambil bahagian pada kejohanan Nations Cup di Jakarta, iaitu Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom, Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan, seterusnya ke Kaherah, Mesir (14-17 Mac) dan Milton, Kanada (20-23 April).

Azizulhasni, memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo manakala gangsa di Rio.