SKUAD Oman tiba di Kuala Lumpur dengan hanya satu azam iaitu ingin mengecewakan skuad Harimau Malaya buat kali kedua dan pengendalinya, Jaroslav Silhavy yakin mereka mampu melakukannya meskipun bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Silhavy yang dalam perlawanan keduanya bersama skuad kebangsaan Oman turut melaungkan amaran bahawa dia tidak gentar akan kekebalan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dia mahu pasukannya fokus untuk membawa pulang tiga mata dari Muscat.

“Kami harap akan dapat keputusan yang sama ketika di Oman nanum kami percaya Malaysia adalah pasukan yang bagus dan mereka mahu menang terutama di laman sendiri tetapi kami sudah bersedia dan tahu semua tentang Malaysia dan menjangkan satu perlawanan yang sengit.

Silhavy hanya mahukan kemenangan untuk dibawa pulang ke Oman

“Malaysia akan tampil dengan lebih tersusun dan mereka boleh bermain sebagai satu unit. Kami tidak akan terlalu menghormati mereka dan akan segera matikan serangan mereka kerana tahu mereka sangat cepat dan bahaya terutama di laman sendiri.

“Kami juga tidak peduli tentang pasukan lain yang gagal menang di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana kami hanya akan fokus kepada pasukan kami dan saya yakin dengan pasukan ini,” katanya dalam sidang media pra perlawanan

Sementara itu pertahanan Oman, Ali Sulaiman Al-Busaidi juga senada dengan ketua jurulatihnya yang mahu mengekalkan tempat teratas Kumpulan D dan mahu mencari kemenangan tanpa mengira apa jua situasi dan hanya mengikut arahan barisan kejurulatihan.

Ali Al-Busaidi sedar kekuatan Malaysia namun mahu kutip tiga mata penuh

“Sudah tentu kami ke sini untuk menang kerana mahu mendahului kumpulan dan akan menang dalam apa juga keadaan dan mahu lakukan taktik yang barisan kejurulatihan mahukan.

“Kami hormat Malaysia yang ada pemain baik dan sudah tentu kami juga baik sebagai satu pasukan dan jurulatih kami tahu semua pasal Malaysia dan dia tahu taktik yang sepatutnya digunakan,” jelasnya.

Oman kini mendahului Kumpulan D berkongsi enam mata bersama-sama Republik Krygyz dan Malaysia namun mempunyai kelebihan perbezaan jaringan dan tiga mata penuh di Kuala Lumpur akan memberikan lebih keselesaan.