BEKAS pemain hebat Chelsea, Eden Hazard, membuktikan cintanya kepada kelab London itu apabila dia bertindak spontan selepas dikenakan gurauan dengan menggayakan jersey Tottenham oleh tukang gunting rambutnya.
Hazard, yang pernah mengukir nama di Stamford Bridge antara tahun 2012 hingga 2019, sentiasa dihormati peminat Chelsea yang masih menghargai jasa dan dedikasinya.
Hazard menerima gurauan yang mencuit hati ramai apabila mengunjungi salon A-Star Barbers. Apron cape yang dipakaikan padanya telah dicetak dengan logo kelab Tottenham, pesaing utama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Tidak lama selepas cape tersebut dipakaikan, Hazard menyedari logo Spurs yang tertera dan terus menunjukkan reaksinya.
“Bro, apa kau buat ni?” katanya sambil ketawa kecil.
Reaksi spontan Hazard menerima pujian hangat daripada penyokong Chelsea yang menyaksikan klip tersebut.
Video gurauan tersebut dimuat naik di akaun rasmi A-Star Barbers dengan ayat “Once a blue, always a blue,” sebagai tanda hormat kepada Hazard yang pernah mencipta sejarah dengan menyumbang 11 gol dan 85 bantuan gol dalam 352 penampilan bersama Chelsea.
Peminat Chelsea terus menyanjung kepribadian dan semangat Hazard yang tetap berjiwa ‘blue’ meskipun lima tahun lalu dia berhijrah ke Real Madrid.