BEREGU lelaki nombor dua, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, dan gandingan campuran ketiga negara, Tan kian Meng-Lai Pei Jing, terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Perancis, selepas ditunjuk jalan keluar oleh lawan masing-masing.

Yew Sin-Ee Yi dikejutkan gandingan muda Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung, apabila pertemuan pertama kedua-dua pasangan memihak pemain Korea Selatan itu yang mencapai kemenangan 22-20, 21-19 ke atas gandingan profesional negara.

Kekalahan itu merencatkan persiapan gandingan berpengalaman negara memungut sebanyak mungkin mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

Kian Meng-Pei jing pula tunduk kepada pasangan Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu Kusumawati dalam pertarungan rubbet set, 21-18, 21-23, 17-21.

Satu lagi aksi menyaksikan beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien mara ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anna Cheong-Teoh Mei Xing, 21-19, 21-19.