PASUKAN sukan elektronik (e-sukan) Orange Esports dan Todak, diharap dapat mempamerkan prestasi cemerlang untuk muncul juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 pada 11 hingga 19 Jun ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin harapan itu mampu direalisasikan lebih-lebih lagi Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan berkenaan buat julung kalinya.
“Bermain di tempat sendiri disertai dengan kebolehan atlet kita saya amat yakin mereka boleh menjuarai kejohanan itu kali ini.
“Saya tahu akan kebolehan mereka dan saya juga memantau dari jauh perkembangan mereka sejak saya di @KBSMalaysia.
“Semoga berjaya ! ,” ciapnya di Twitter pada Jumaat.
Sebanyak 12 pasukan mewakili tujuh negara bakal bersaing dalam kejohanan tersebut, dengan perlawanan pusingan awal bermula pada 11 Jun sebelum dua pasukan terbaik, bertemu dalam pusingan akhir pada 19 Jun ini.