PENYERANG Napoli, Victor Osimhen telah memberikan satu lagi petanda yang menunjukkan dia mungkin terbuka untuk berpindah ke Chelsea.

Pemain Nigeria itu sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana berikutan prestasi sensasinya di Serie A.

Pasukan Arsenal dan Manchester United sebelum ini telah dikaitkan sebagai peminatnya, sementara Chelsea juga turut dikhabarkan menunjukkan minat kepada penyerang yang kini berusia 25 tahun itu.

Chelsea dikatakan memerlukan penyerang baharu dalam senarai belanja mereka menjelang jendela perpindahan Januari, dengan Osimhen sebagai pilihan, manakala Victor Gyokeres dari Sporting Lisbon turut dikaitkan baru-baru ini.

Image

Penyokong kelab itu juga membuat rayuan di media sosial agar pemain tersebut berpindah ke Stamford Bridge.

Melalui platform X, sambil mengucapkan hari ulang tahun Osimhen, mereka menulis: “Selamat Hari Lahir Victor Osimhen, sila datang dan selamatkan Chelsea tidak lama lagi,” sambil menghantar gambar pemain itu ketika masih kanak-kanak menyarungkan jersi Chelsea.

Osimhen kemudian membalas dengan menggunakan dua emoji hati, serta emoji berdoa di ruangan komen. Aktiviti media sosialnya bukanlah satu-satunya petunjuk yang diberikannya baru-baru ini.

Penyerang itu baru sahaja menandatangani kontrak baharu dengan Napoli sehingga 2026. Sebuah klausa pelepasan baharu telah dimasukkan ke dalam perjanjian itu yang bernilai lebih dari £100 juta (RM585.49 juta).

Dia juga mendedahkan keinginannya untuk terus berada di Eropah dengan langkah seterusnya. Bercakap dalam podcast John Obi Mikel, Osimhen berkata: “Sudah tentu. Apa yang dikatakan adalah benar, saya telah berbincang pada bulan Ogos, itu adalah minggu yang mencabar, keputusan yang besar untuk saya ambil, tetapi saya sebenarnya menyerahkannya kepada Tuhan.”

“Tetapi semakin saya berkata ‘tidak’ kepada mereka (di Arab Saudi), semakin mereka meningkatkannya dan meningkatkannya, ia benar-benar seperti, ‘wow’, melihat perkara-perkara ini,” kata Osimhen.

“Saya membincangkannya dengan kelab saya dan kami meihat apa yang dapat kami lakukan, kami membuat keputusan, saya dan mereka dan saya memberi tahu mereka, ‘saya suka orang ini, saya mahu kekal, saya rasa saya tidak mahu pergi buat masa ini’.

“Mereka faham dari mana saya datang tetapi mereka tidak pernah menyerah sehingga jendela perpindahan mereka sendiri (ditutup). Saya memberitahu mereka bahkan sebelum kami bermain perlawanan pertama musim ini, ‘sudah selesai’, saya benar-benar tidak mahu kembali berfikir, tentu saja ini perkara yang besar, yang menakjubkan yang akan mengubah hidup saya.

“Tetapi tentu saja saya harus membuat keputusan yang baik untuk kerjaya saya juga. Walaupun kita bermain bola untuk wang, ada lebih banyak yang datang bersamanya,” tambahnya.

Osimhen telah mengekalkan prestasi cemerlang bagi Napoli musim ini selepas membantu mereka meraih gelaran Serie A musim lalu. Dia mencetak lapan gol dalam 18 penampilan dalam semua pertandingan pada tahun 2023/24, dan menjaringkan 31 gol musim lalu.