KEJAYAAN Yon Haryono membantu skuad angkat berat Malaysia meraih pingat di Sukan SEA 2021 mendapat pujian dari Persatuan Angkat Besi, angkat Berat dan Binaraga Seluruh Indonesia (PABBSI).

Bekas Pengurus Besarnya, Alamsyah Wijaya bangga apabila melihat Yon diberi kepercayaan melatih atlet negara luar sebagai jurulatih di Malaysia.

Selain Yon, Eko Yuli Irawan Lukman juga diberi ruang membimbing atlet angkat berat Thailand.

“Lukman dan Yon memang jurulatih berpotensi. Jadi mereka memang layak mendapat kepercayaan itu ditambah prestasi atlet Indonesia yang meraih enam pingat Olimpik berturut-turut,” katanya.

Muhammad Erry Hidayat prospek emas kategori 73kg Sukan Komanwel 2022.

Sementara itu, Yon ketika bercakap kepada Flash Sukan menyasarkan sekurang-kurangnya tiga pingat emas untuk dimenangi pada kejohanan Sukan Komanwel di Birmingham, Julai depan.

Terdahulu, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (MWF) meminta Yon untuk membantu memastikan Malaysia kekal sebagai penyumbang pingat emas pada Sukan Komanwel.

Yon, yang bertanding di Sukan Olimpik 1988 di Seoul, adalah bekas jurulatih di Lampung (2006-2013) dan Balik Papan (2014-2016)

“Emas itu kita letakkan harapan tinggi buat Mohamad Aniq Kasdan bagi kategori 55 kilogram (kg), Muhammad Aznil Bidin (61kg) dan Muhammad Erry Hidayat (73kg).

“Mereka ini sedang giat menjalani latihan di Majlis Sukan Negara dan dipantau tahap kecergasan bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar,” katanya pada Isnin.