KEJAYAAN Pahang muncul juara hoki Sukan Malaysia (Sukma) baik dalam acara lelaki mahupun wanita minggu lalu menyaksikan negeri itu muncul sebagai kuasa baru hoki negara.
Hal ini tidak dapat dinafikan selepas prestasi terbaik ditonjolkan kedua-dua skuad yang dibimbing dua beradik yang banyak berjasa.
Skuad lelaki Pahang dibimbing Mohd Sufian Mohamad manakala skuad wanita dipimpin Mohd Sabri Mohamad.
Sufian berkata, kejayaan berganda itu sebenarnya hasil ilham Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan penubuhan Akademi Hoki Pahang.
“Cetusan idea itu dibuat tuanku pada 2013, yang menyasarkan Akademi Hoki Pahang memenangi semua kejuaraan membabitkan kejohanan di peringkat umnur termasuk SUKMA, selepas prestasi kurang memebrangsangkan Pahang pada Sukma 2012.
“Pencapaian kita peroleh di SUKMA 2022 ini, adalah yang terbaik dalam sejarah hoki Pahang,” kata Sufian.
Menurutnya, beliau bersyykur kerana dapat mengekalkan pemain bersamanya sejak dari tingkatan satu hingga sekarang.
“Hampir 10 tahun pemain-pemain bersama saya, menjalani latihan dan makan juga bersama. Saya berterima kasih kepada agensi-agensi terlibat termasuk Majlis Sukan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil pemain serta diberi pendedahan beraksi di peringkat tertinggi,” kata Sufian lagi.