KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon jelas berbangga penampilan kesebelasan utama Harimau Malaya termasuk pemain gantian yang diturunkan ketika mengikat Syria di Chengdu pada Rabu.

Walaupun pada babak pertama Malaysia ketinggalan dua gol dan seakan bakal menyerah kalah namun mentaliti tidak putus ada disemat pemain menterbalikkan keadaaan di 45 minit berikutnya.

“Pada perlawanan ini saya rasa kita sudah terkeluar. Kami perlu bangkit dan di babak kedua berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2.

“Itu sangat bagi kami untuk mendapatkan keyakinan secara amnya berbanding separuh masa pertama. Pandangan saya, persembahan kami sangat baik.

“Kami berada pada tahap untuk terus bersaing dengan pasukan di ranking 94 dunia, cuma saya rasa mungkin (melakukan) dua kesilapan.

 

May be an image of 9 people, people playing American football, people playing football and text

 

“Tetapi separuh masa kedua kami menunjukkan kepada penyokong mengenai mentaliti Malaysia dan watak Harimau Malaya untuk mengejar permainan.

“Sehingga tamat permainan kami berjuang. Saya sangat berbangga dengan semua pemain termasuk semua pemain pertukaran,” katanya selepas perlawanan.

ARTIKEL BERKAITAN : Harimau Malaya paksa Syria mandi peluh di Chengdu

Malaysia seakan gugup apabila membenarkan gawang dibolosi lawan dengan dua jaringan gol mudah sehinggalah pertukaran taktikal dan formasi mengubah keseluruhan permainan menjadi lebih agresif.