KETUA jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyifatkan perlawanan bertemu Hong Kong merupakan perlawanan seperti ‘buku bertemu ruas’ kerana kekuatan kedua-dua pasukan yang dilihat lebih seimbang.
Jelasnya, dia ingin menerapkan cara permainan Malaysia dengan bermain secara dominasi, agresif, bersemangat serta dinamik kerana ianya diperlukan dalam skuad kebangsaan.
Meskipun sedar Hong Kong adalah pasukan bekas kendaliannya, namun dia bersikap profesional kerana sedar ia adalah tugas yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Pan-gon turut berpuas hati dengan persiapan pemain untuk tempoh sepuluh hari yang lepas kerana pemain telah memberikan segala-galanya.
“Saya cuba mencari cara permainan Malaysia dengan bermain secara dominasi, agresif, bersemangat, dinamik, ini yang diperlukan dalam perlawanan.
“Saya teruja dari sudut persiapan untuk tempoh 10 hari lepas, pemain telah melakukan yang terbaik,” kongsi jurulatih kelahiran Korea Selatan ini.
Kehadirannya dalam pasukan kebangsaan bukanlah untuk menghukum kesalahan pemain tetapi untuk memberi sinar agar pemain berkembang dengan lebih positif.
Malaysia bakal berdepan dengan Kong Kong pada aksi Perlawanan Persahabatan Tier 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu (1 Jun 2022) sebelum membuka tirai aksi sebenar Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 8 Jun ini,