Oleh: MOHD FARIQ
Glorio Hong.
Inilah watak pertama yang berkongsi momen gembira bersama jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebaik meraikan kejayaan pasukan kebangsaan layak secara merit buat julung kalinya ke pentas Piala Asia.
Semalam, sejarah baharu tercipta di dalam bola sepak negara selepas Harimau Malaya menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023.
Sebaik perlawanan tamat, Pan-gon bergegas berlari ke bilik persalinan dengan menghubungi isteri tercinta, Glorio secara talian video untuk berkongsi kejayaan bermakna ini bersama insan tersayang.
Isterinya menyambut perkhabaran itu dengan penuh gembira di mana Glorio sentiasa menjadi inspirasi kepada Pan-gon walaupun mereka berdua sedang berjauhan sekarang.
Ekspresi kepuasaan riak wajah Pangon jelas terpancar dan ternyata sokongan semua pihak memastikan perjuangan Harimau Malaya akhirnya menemui matlamat.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua pihak khususnya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kerana mereka telah memberikan saya peluang dan ruang untuk mengemudi pasukan kebangsaan
“Malam ini saya mahu membalas kepercayaan itu dan akhirnya Malaysia telah berjaya layak ke Piala Asia 2023,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan selepas perlawanan.