PEMANAH recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh, terpaksa akur gagal layak ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas di pusingan 16 terbaik wakil kepada wakil Brazil, Ana Luiza Sliachticas di Les Invalides.
Pada awal saingan, kedua-dua pemanah itu berkongsi mata susulan terikat kedudukan 2-2 selepas set kedua namun, Syaqiera berjaya mendahului 4-2 untuk mengheret ke set seterusnya.
Ketika sudah mendahului dan hanya memerlukan bidikan tepat, Syaqiera tidak berjaya untuk mengekalkan bidikan mantap untuk membolehkan lawan dari Brazil itu kembali menyamakan mata 5-5 sebelum mereka berdua ke ‘shoot-off’ untuk penentuan mata pemenang.
Syaqiera melakukan bidikan pertama dan mendapat lapan mata sebelum Ana Luiza menoktahkan kemenangan dengan bidikan sembilan mata untuk menyingkirkan atlet yang menyertai Olimpik kedua itu untuk melangkah ke pusingan suku akhir.
Terdahulu, Syaqiera berjaya layak ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan pemanah Moldova, Alexandra Micha 6-0 dengan bidikan 30 mata pada set yang pertama.
Syaqiera kini menyertai atlet menembak, Johnathan Wong, dan dua perenang negara, Tan Rouxin dan Khiew Hoe Yan yang tersingkir dari Temasya Olimpik kali ini.