PASUKAN Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) telah berlepas ke Madrid, Sepanyol bagi menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan bersama akademi-akademi bagi pasukan yang berada di Sepanyol.
Antara pasukan yang di jangka bertemu dengan pasukan AMD adalah Real Madrid FC, Atletico Madrid, Akademi Rayo Alcobendas, Villareal FC serta beberapa lagi akademi yang berada di Sepanyol.
Seramai 40 pemain yang terdiri daripada pelatih-pelatih bawah 13 dan 15 tahun serta lapan orang pegawai telah berlepas menaiki pesawat Qatar Airways pada sebelah pagi dan petang.
Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 September ini setelah menghadapi lapan siri perlawanan persahabatan serta pertandingan yang melibatkan pasukan utama di sana.
Program latihan dan siri perlawanan persahabatanaAntarabangsa ini merupakan antara program yang telah ditetapkan dalam jadual aktiviti di AMD.
Program pendedahan dan pertandingan antarabangsa ini juga akan diteruskan kepada peringkat umur yang lain sebagaimana yang telah dirancangkan tahun ini. Program ini akan melibatkan setiap peringkat umur yang berada di AMD.