SERAMAI 15 orang pemain bersama tiga orang pegawai pasukan Bunga Raya 7’s berangkat ke Birmingham bagi menjalani latihan dan persiapan terakhir Sukan Komanwel bermula hujung bulan ini.

Skuad negara yang dikendalikan ketua jurulatih Mohd Saizul Hafifi Md Noor bakal berdepan dengan empat pasukan pilihan perlawanan persahabatan bertemu British Army, Fiji Barbarians, Cardiff Blues and China National sebelum memulakan persaingan sebenar di temasya Sukan Komanwel yang bakal membuka tirai 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pasukan negara diundi dalam satu kumpulan bersama Tonga, Scotland, dan Afrika Selatan.

Dari kiri: Rodney Soi’oialo (Ketua Jurulatih Bungaraya 15s) , Saizul Hafifi (Ketua Jurulatih Bungaraya 7s), Lee Nyuk Fah (Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Ragbi Malaysia).

Turut mengiringi pemain-pemain termasuk pengurus pasukan Datuk Azaddin Abdul Aziz serta Muhammad Hanis Hafizuddin.