TENTERA berkuda menghiasi perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penulis berkesempatan melihat pasukan keselamatan yang dianggotai tiga individu menaiki kuda dan melakukan rondaan sekitar stadium.
FLASH SUKAN cuba menghampirinya, namun kelihatan mereka sedang sibuk dan tidak membenarkan media merakamkan aksi tersebut.
Ia sejurus daripada sesi temubual santai bersama bekas penyerang Selangor dan kebangsaan, Azman Adnan yang suatu ketika dahulu dikenali dengan Man Turn, Man Score.
Suasana riuh rendah tersebut sebelum menantikan sepak mula perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 antara pasukan senior kebangsaan menentang Bahrain pada jam 9 malam ini.