PASUKAN Perak FC selamat sampai ke tempat penginapan di Kota Bharu.

Perkembangan ini disahkan oleh pegawai media kelab ketika dihubungi Flash Sukan sebentar tadi.

“Ada di kb (Kota Bharu).

“Team dah balik hotel dah,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya bas dinaiki pemain dan peminat dilaporkan pecah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Bas (team) pasukan pun kena pecah jugak tadi. Bas fan dua buah pecah dan van pula tiga buah kena pecah,” katanya.