PASUKAN ragbi Bawah 19 Tahun Johor melakar kemenangan bermakna selepas dinobatkan sebagai juara Harps Mr Championship 2022 yang berlangsung di Stadium Ragbi TUDM, Subang pada Ahad.
Pasukan muda dari Selatan itu menang bergaya ke atas pencabar sengitnya dari Negeri Sembilan dengan keputusan 16-3.
Lebih manis, pemain Johor Azrin Azman turut dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.
Sementara itu, tempat ketiga menyaksikan Kuala Lumpur menewaskan Selangor dengan keputusan 19-8.
Kejohanan Bawah 19 tahun ini menjadi tumpuan peminat-peminat sukan ragbi tanah air memandangkan kali terakhir ia dilangsungkan hampir 20 tahun lalu, iaitu pada 2002.