POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai yang mengenali individu berwajah seperti lakaran fotofit untuk tampil memberi maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain  memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi pengawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Jenayah Bukit Aman iaitu Inspektor Jagachandran A/L Murugesen di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau tampil ke mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

“Suspek dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165 sentimeter (sm) dengan saiz susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit terbabit, diminta tampil membantu siasatan polis,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Ianya  bagi membantu PDRM dalam mengesan suspek dan membuat siasatan lanjut berkaitan kes simbah asid melibatakn mangsa Muhammad Faisal Abdul Halim.

ARTIKEL BERKAITAN:Faisal Halim disimbah asid di pusat beli belah

Faisal yang juga pemain bola sepak skuad kebangsaan dan Selangor FC dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid pada 5 Mei lalu ketika berada di sebuah pusat membeli belah bersama keluarga di Petaling Jaya.