JUARA Challenge Cup 2023, PDRM FC mengesahkan tidak lagi bersama pertahanan import kental dari Nigeria, James Okwuosa untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25.
Perkara ini disahkan sendiri oleh skuad Sang Saka Biru menerusi satu hantaran di pelbagai platform media sosial rasmi kelab pada Selasa.
“Kami mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada salah seorang pertahanan tengah terbaik di dalam saingan liga musim lepas, James Okwuosa.
📝 Official Statement: Thank you James.
We would like to take this opportunity to give our appreciation to one of the best center back in the league last season, James Okwuosa. It’s been an honour to be working with you and we hope for the best for the future and may we meet… pic.twitter.com/Pk1PBi2M44
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) February 20, 2024
“Ini merupakan satu penghormatan dapat bekerjasama dengan kamu dan kami mengharapkan yang terbaik untuk kamu dan semoga bertemu lagi. Terima kasih,” tulis kenyataan rasmi itu.
Sebagai rekod, James ditandatangani dan diperkenalkan oleh PDRM FC pada awal Februari lalu selepas beraksi di dalam kancah bola sepak Kuwait sejak tahun 2019.
Sepanjang bersama PDRM FC, James sentiasa menjadi taruhan utama ketua jurulatih sama ada Azzmi Aziz mahupun Datuk Yunus Alif untuk membarisi barisan pertahanan dengan melakukan 33 penampilan dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup sepanjang musim lalu.
Bukan sahaja kental di barisan pertahanan, James turut mempunyai empat jaringan gol selain merekodkan satu bantuan gol dalam membantu PDRM FC muncul juara Challenge Cup 2023.
James dikhabarkan masih kekal dalam kancah bola sepak tanah air dengan pasukan berpangkalan di Borneo, Kuching City FC menjadi destinasi seterusnya.