KELAB PDRM FC sekali lagi bekerjasama dengan kelab amatur, Puchong Fuerza untuk membentuk pasukan Piala Presiden yang melibatkan para pemain berusia 20 tahun dan ke bawah.
PDRM yang beraksi di Liga Super perlu menyediakan pasukan B-23 untuk Piala MFL, pasukan Piala Presiden B-20 dan Piala Belia B-18 untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan Malaysian Football League (MFL).
Kerjasama ini diumumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman sosial rasmi kelab sekali gus menunjukkan komitmen Sang Saka Biru untuk membentuk pemain pelapis dan mencari bakat-bakat baharu.
Sang Saka Biru & Puchong Fuerza kekal bersama! 💪🏼
PDRM FC berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Kelab Bola Sepak Puchong Fuerza akan terus bekerja sama dengan PDRM FC pada tahun 2024/2025 bagi mempersiapkan pasukan Piala Presiden (U20)
Majlis menandatangani MOU sebentar tadi… pic.twitter.com/BiOtW5sIH2
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) February 23, 2024
“PDRM FC berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Kelab Bola Sepak Puchong Fuerza akan terus bekerja sama dengan PDRM FC pada tahun 2024-2025 bagi mempersiapkan pasukan Piala Presiden B-20.
“Majlis menandatangani MOU dihadiri oleh ASP Mohamad Hafiz bin Zainal Abidin, CEO PDRM FC dan Azrul Izwan bin Abdul Rahim, Presiden Kelab Bola Sepak Puchong Fuerza,” menurut kenyataan itu.
Sang Saka Biru muncul pakej paling memeranjatkan dalam Liga Malaysia 2023 apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dan menempa sejarah kelab apabila menjuarai Challenge Cup selepas menewaskan Kuching City FC di perlawanan akhir.
📸 | Pemeriksaan Stadium Perbandaran Selayang sebagai Venue PDRM FC menjelang kempen Piala Malaysia 2024/2025 dihadiri oleh Unit Pertandingan, Unit Penyiaran, Unit Komersil, penyiar rasmi dan rakan produksi MFL.
Pemeriksaan Stadium Perbandaran Selayang ini dibuat bertujuan untuk… pic.twitter.com/3fqDd82PMt
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) February 22, 2024
Selain itu, PDRM FC juga mengesahkan gelanggang tuan rumah bagi mereka untuk musim 2024-25 adalah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang sudah dinaiktaraf dan telah menerima kunjungan delegasi MFL untuk memeriksa kesesuaian venue untuk perlawanan Liga Super.