DUA hari selepas mengesahkan penamatan kontrak secara persetujuan bersama, kelab PDRM FC mengumumkan Datuk Yunus Alif sebagai Ketua Jurulatih baharu bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia untuk musim 2023.
Bekas pemain kebangsaan era 80an itu kembali semula dalam bidang kejurulatihan selepas lapan tahun dengan kali terakhir menjadi ketua jurulatih kepada kelab Real Mulia FC pada 2015.
PDRM FC yang muncul sebagai pasukan paling mengejutkan musim ini dengan menjadi ‘giant killer’ selepas menewaskan Sabah, Kedah dan Selangor FC sekaligus keluar dari status pasukan belasahan seperti sebelum ini.
Welcome Dato’ Yunus Alif,
Our new Head Coach! 🤝🏼We are delighted to announce the welcome of Dato’ Yunus Alif as our Head Coach for the 2023 season.#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace pic.twitter.com/ktl0dJfERV
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) August 5, 2023
Yunus pula adalah jurulatih yang berpengalaman dan pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana ketika mengendali Pahang pada 1995 dan membawa Terengganu ke final Piala Malaysia dua kali berturut-turut pada 1999 dan 2000 sebelum muncul juara pada edisi 2000.
Kehadiran Yunus mungkin akan mengubah corak permainan Sang Saka Biru yang dilihat lebih bertahan dengan menggunakan serangan balas sebagai cara untuk memerangkap lawan.
Selamat kembali dan selamat maju jaya diucapkan kepada Datuk Yunus Alif dari kami di FLASH SUKAN.