PEMERHATI bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran  Yang Hormat Dato’ sempena ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang ke-63 pada Sabtu lepas.

Beliau adalah Pensyarah Kanan UiTM di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan memperolehi Doktor Falsafah (Pengurusan Sukan) pada 2019.

Pekan miliki pengalaman terlibat dalam dunia media dan antara kejayaan sepanjang kariernya pernah dipilih oleh Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) sebagai penerima tunggal Anugerah Suruhanjaya Eksekutif AUFF pada tahun 2019.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AUFF sejak 2018 diberikan anugerah itu atas komitmen dan kesungguhannya dalam memberikan sokongan bagi pembangunan bolasepak di peringkat universiti khususnya membabitkan pasukan bolasepak universiti Malaysia pada kejohanan anjuran AUFF sejak 2016.