PERSATUAN Golf Malaysia (PGA) bersama Akademi Kedi AMS (AMS) memperkenal Akademi Kedi pertama, yang mendapat pensijilan MGA di negara ini.

Dalam usaha mengatasi kekurangan kedi terlatih di negara ini, usahasama MGA dan AMS itu, membuktikan bahawa industri sukan golf di negara ini mempunyai lebih peluang dan ruang untuk dinaik taraf.

“AMS muncul bagi memenuhi keperluan mendesak untuk meningkatkan piawaian kedi di Malaysia.

(Gambar hiasan) Kini kedi boleh dijadikan satu kerjaya yang menjamin masa hadapan.

“Akademi ini berdiri sebagai penyelesaian yang komprehensif kepada industri yang menghadapi kekurangan kedi mahir dan berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman bermain golf secara menyeluruh,” kata MGA dalam satu kenyataan media yang diedarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, sokongan tidak berbelah bahagi daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Sumber Manusia, AMS bersedia untuk menyeragamkan dan memartabatkan kerjaya kedi, sekali gus melahirkan kumpulan kedi berkemahiran dan berilmu.

“Akademi ini membuka jalan untuk warga Malaysia memulakan perjalanan menjadi kedi profesional, bukan sahaja di negara ini tetapi di pentas antarabangsa.