KEMENANGAN ke atas PDRM FC pada malam ini akan memperbaiki lagi kedudukan Perak FC untuk keluar dari kelompok tangga tercorot Liga Premier yang dihuni sejak sekian lama.

Misi tiga mata juga menjadi buruan pemain kendalian Yusri Che Lah yang kini memiliki skuad penuh dengan kehadiran tiga tonggak import selepas melapor diri bersama pasukan itu bulan lepas.

Namun begitu, PDRM bukanlah satu lawan mudah untuk ditentang kerana ketika ini berada di kedudukan keenam terbaik dan mengutip 11 mata.

Berdasarkan tinjauan di facebook Perak Football Club, rata-rata peminat optimis kemampuan pasukan dan tidak henti menulis hantaran kata-kata semangat positif.

Pauze Manjoi menulis : “Satu perubahan yang mendadak dari coach Yusri Che Lah. Beri tunjuk ajar dan taktikal yang digunakan untuk perlawanan malam ini. Semoga Perak FC meraih kejayaan. Gol awal amat penting, sekurang-kurangnya dua gol.

Are Rie memberitahu, Perak dulu terkenal dengan corak permainan pantas.
“Kalau ikutkan player yang ada ni boleh kekalkan corak permainan tradisi Perak dulu-dulu tu.. Cari gol awal unttk bakar semangat pasukan,” ujarnya.

 

Jadual perlawanan, 3 Julai 2022

PDRM FC lawan Perak FC

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 9 malam