PEMAIN badminton kebangsaan Indonesia, Syabda Perkasa Belawa dan ibunya meninggal dunia akibat kemalangan dalam tragedi berlaku di Jawa Tengah pada Isnin.

Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mengumumkan perkara itu dan mendedahkan pemain berusia 21 tahun bernaung di bawahnya itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di tol Permalang (Jawa Tengah), semalam.

Menurut laporan sports.okezone.com, lagenda badminton negara itu, Yuni Kartika menjadi individu pertama mengesahkan kematian Allahyarham Syabda.

“Telah meninggal dunia, Syabda Perkasa Belawa. Syabda meninggal dunia dalam perjalanan ke Sragen untuk berziarah karena neneknya meinggal dunia,” tulis Yuni di Twitternya @YuniKartika73, semalam.

Menurut laporan media di Indonesia, kemalangan itu membabitkan kereta Toyota Camry dengan sebuah trak di jalan Tol Batang-Pemalang, mengakibatkan dua nyawa  terkorban dan seorang daripadanya adalah Syabda.

Memetik laporan Sindonews, sebaik kemalangan, pemandu dipercayai Syabda dan penumpangnya sempat menerima rawatan di hospital, namun Syabda gagal diselamatkan.

“Dari laporan kepolisian, kecelakaan tragis itu bermula saat Toyota Camry Nopol B 1824 KBN berjalan dari arah Jakarta menuru Semarang di lajur cepat.

“Sesampainya di KM 315 +200 A pengemudi mengantuk, sehingga hilang konsentrasinya dalam mengemudi. Kemudian mobil oleng ke kiri menabrak bagian belakang samping kanan truk bernomor polisi AG 8711 V yang melaju di jalur lambat dan terdorong berhenti di bahu jalan. Kecelakaan tidak terhindarkan,” lapor Sindonews.

Syabda Perkasa Belawa, bintang perseorangan lelaki Indonesia meningkat naik kali terakhir memenangi gelaran di Cabaran Antarabangsa Iran, menewaskan pemain negara, Justin Hoh di final.

Menurut PBSI, pemergian Syabda yang juga pemain perseorangan lelaki negara itu, meninggalkan duka yang mendalam buat keluarga, rakan dan seluruh masyarakat sukan di Indonesia.

Malangnya kereta dipandu bapanya Muanis Hadi Sutamto terbabit kemalangan bukan hanya meragut nyawa Syabda malah kemudian turut meragut nyawa ibu Syabda, Anik Suistyowati, 49, ketika menerima rawatan di hospital.

Justeru ketiga-tiga, Syabda, ibu dan neneknya dikebumikan di Sragen petang semalam.

Sepanjang kerier profesionalnya, Syabda memiliki tiga gelaran BWF International Challenge dan kejayaan terkininyba adalah menjuarai Iran International Challenge February lalu dengan menewaskan pemain muda negara, Justin Hoh di final.