PEMAIN Nantes, Jaouen Hadjam menerima hukuman digugurkan daripada pasukan kerana terus berpuasa pada hari perlawanan. Jurulatih Nantes, Antoine Kombouare menjelaskan keputusannya.

Jaouen Hadjam telah direkrut oleh Nantes dari Paris FC Januari lalu dan setakat ini telah membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan. Namun, dia digugurkan dari pasukan dalam perlawanan menentang Reims, pada Ahad kerana memutuskan untuk meneruskan puasa.

“Saya seorang jurulatih, saya beri peraturan. Sepanjang minggu ini, tiada masalah dengan pemain berpuasa.

“Saya sedia membantu dan menyokong mereka jika diperlukan. Kami tahu ia bukan masa yang mudah. ​​Tetapi pada hari perlawanan, anda tidak boleh berpuasa, dan mereka yang berpuasa tidak menyertai skuad. Saya tidak mahu mereka mendapat cedera.

“Ia adalah pilihannya dan saya menghormatinya. Ini bukan satu hukuman, tetapi saya ada cara untuk bekerja,” kata Kombouare.

Keputusannya bertentangan dengan peraturan jurulatih Antoine Kombouare. Kombouare meminta pemain tidak berpuasa pada hari perlawanan kerana dia mahu bermain dengan mereka hanya dalam keadaan terbaik.

Khabarnya pemain Islam lain di Nantes mahu mengikut peraturan tersebut. Sementara itu, Hadjam dilaporkan hanya sanggup tidak berpuasa jika terpaksa beraksi di tempat lawan atau di luar Nantes.