PEMAIN bola sepak Sri Pahang FC (SPFC), Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah terlibat di dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke padang latihan kira-kira jam 4.30 petang Selasa.

Menurut kenyataan rasmi Sri Pahang FC, pertahanan berusia 28 tahun itu telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan menerima rawatan untuk kecederaan di dagu serta luka-luka lain.

“Beliau kini dalam keadaan stabil di Kuantan Medical Center.

“Ashar yang membawa motosikal dilaporkan hilang kawalan setelah sebuah kenderaan lain keluar daripada simpang secara tiba-tiba sebelum ia terbabas berhampiran pejabat Risda Kuantan

“Seluruh warga SPFC mendoakan kesembuhan segera buat Ashar dan kembali beraksi di atas padang,” kata kenyataan itu.

Komen-komen positif daripada penyokong juga mengiringi agar Ashar segera sembuh dan boleh beraksi seperti biasa.

Kami di FLASH SUKAN turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ebak!