PEMAIN import Negeri Sembilan FC, Mika ditimpa nasib malang apabila beliau menjadi mangsa ragut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Negeri Sembilan FC, Mika diragut di Kuala Lumpur sehingga kehilangan seutas rantai emas.

“Kejadian tersebut berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan ketika itu Mika berseorangan.

Mika turut berkongsi melalui satu hantaran di akaun Instagram Story miliknya.

“Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.

“Negeri Sembilan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” kata pengurusan Negeri Sembilan FC dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Sejak kebelakangan ini, pemain bola sepak yang bermain dalam Liga Malaysia terutama berstatus pemain kebangsaan menjadi mangsa kes jenayah.

Antara pemain yang menjadi mangsa kes jenayah ialah Akhyar Rashid, Faisal Halim, Safiq Rahim dan Khuzaimi Piee.