HARI Keputeraan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail yang kelima disambut meriah oleh Tunku Mahkota Johor yang turut disertai para pemain Johor Darul Ta’zim dan juga Boys of Straits.

Sambutan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Raja Muda Johor bermain bola sepak dengan rakan-rakannya dalam suasana seperti perlawanan sebenar di stadium.

Perlawanan itu turut disertai Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan beberapa lagi pemain serta pegawai Harimau Selatan yang menjalani latihan terakhir di stadium itu sebelum perlawanan menentang Sabah pada Sabtu.

 

Boys of Straits turut menyediakan ‘banner‘ dan ‘tifo‘ dan sentiasa menyanyikan ‘chant‘ sepanjang perlawanan bagi mewujudkan suasana sebenar perlawanan bola sepak dan mereka turut menerima kehadiran Baginda TMJ dan RMJ sebagai tanda terima kasih.