PEMAIN-pemain Iran hanya berdiam diri ketika lagu kebangsaan dimainkan sebelum aksi Kumpulan B Piala Dunia bertemu England di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Isnin malam.
Protest ‘senyap’ yang dilakukan pemain-pemain Iran ini kepada rejim negaranya, manakala turut kedengaran penyokong-penyokong Team Melli kedengaran mengejek untuk menenggelamkan bunyi lagu itu.
Sekumpulan penyokong Iran turut mengeluarkan bendera di tempat duduk yang ditulis “Wanita, Kehidupan, Kebebasan.”
Beratus-ratus penunjuk perasaan telah mati di Tehran dan bandar-bandar lain berikutan kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis dua bulan lalu. Wanita berusia 22 tahun itu meninggal dunia di penjara setelah ditahan kerana tidak memakai hijab dengan sempurna.
Saman Ghoddos, satu-satunya pemain Iran dalam Liga Perdana, minggu lalu memberitahu Mirror Football bahawa adalah wajar bagi pemain untuk bersuara menyokong mereka yang menyeru perubahan, tanpa mengira kemungkinan kesannya.
“Sudah tentu,” kata pemain Brentford itu kerana merasakan tanggungjawab untuk berdiri dan menyokong penunjuk perasaan.
“Saya tidak mahu mencampuradukkan politik dengan bola sepak tetapi bola sepak sekarang dipihak yang betul, kerana orang ramai kehilangan nyawa mereka untuk memperjuangkan kebebasan.
“Jelas sekali perubahan perlu datang dan ia sudah berlaku sejak sekian lama. Kita semua mahu berubah.
“Jika anda fikir ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, saya fikir anda harus (bersuara) kerana anda seorang atlet terkenal. Jika anda boleh memberi penerangan tentang apa yang berlaku, anda harus melakukannya, dengan tekanan atau tanpa tekanan kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.
Dalam pada itu, wanita Iran dinafikan banyak kebebasan termasuk menghadiri perlawanan bola sepak. Terdapat juga gesaan supaya Fifa membatalkan penyertaan pasukan dalam saingan Piala Dunia ini kerana dikatakan turut bekerjasama dengan Rusia dalam peperangan menentang Ukraine.
“Tiada siapa yang gembira mengenainya, semua orang mahu melihat perubahan. Ia adalah perubahan yang sangat mudah.
“Apa yang rakyat mahukan bukanlah sesuatu yang istimewa, ia hanya kebebasan. Saya tidak mahu berkata ‘Ya, pergi berjuang untuk itu’ kerana saya tidak fikir keganasan adalah cara yang betul. Tetapi sesuatu harus berubah dan ini telah berlaku terlalu lama,” tambah Ghoddos.