PEMAIN pertahanan kanan Petaling Jaya City (PJ City FC), Rajes Perumal dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya awal di Jalan Sri Batu Caves pagi tadi.

 

Berita tersebut menerusi sumber terdekat yang juga merupakan pemain bola sepak. S. Subramaniam yang menaikkan satu posting di laman media Facebooknya dengan menyatakan kesedihan yang dirasai.

Antara aksi terakhirnya sebelum tragedi ketika disenaraikan menentang Kuala Lumpur City FC dalam saingan penutup Liga Super pada Sabtu lepas.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Rajes Perumal, yang meninggal dunia awal pagi tadi. Ia adalah hari yang menyedihkan untuk kami semua di PJ City FC.

“Dia adalah pemain yang hebat dan mentor kepada semua pemain muda di kelab itu,” kata kenyataan kelab itu di Facebook.

Sementara, itu Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) turut menzahirkan ucapan takziah kepada pemergian bek kanan Petaling Jaya City FC.

 

Sepanjang karier, Rajes bermain untuk Selangor PKNS FC dari 2011 hingga 2013, memenangi gelaran Liga Premier 2011 serta pernah menyarung jersi Kedah pada musim 2015 dan merupakan antara tonggak pasukan Kenari yang menjadi juara Liga Premier 2015.

Bersama The Phoenix, Rajes telah membuat sebanyak 44 penampilan dengan menghasilkan dua gol.

Sesungguhnya, pemergian Rajes,37 merupakan kehilangan besar buat bola sepak negara dan industri sukan kebangsaan.

Kelab Johor Darul Ta’zim turut menzahirkan ucapan rakziah buat ahli keluarga mendiang menerusi Facebook Johor Southern Tigers.