WALAUPUN menerima beberapa tawaran menyertai pasukan lain, pemain tengah Kuala Lumpur City FC,  Zhafri Yahya tetap setia bersama juara Piala Malaysia 2021 pada musim ini.

Meledak gol ketika membantu pasukan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0 pada pentas final Piala Malaysia, pemain kelahiran Selangor ini tekad membuktikan kualiti dimilikinya pada meraih kesebelasan utama dalam pasukan.

“Sebenarnya saya masih ada kontrak sehingga musim ini (2023), walaupun ada beberapa pasukan cuma mendapatkan khidmat saya untuk memperkuatkan pasukan mereka.

“Setelah berfikir panjang akhirnya saya memilih untuk terus kekal berama KL City FC bagi musim 2023,” katanya kepada FLASH SUKAN.

Zhafri kekal membantu KL City FC mengharungi saingan musim 2023.

Zhafri memulakan karier selaku pemain bola sepak profesional bermuda 2014 bersama PKNS FC sebelum setahun kemudian menyertai Selangor (2016-2016).

Pemain berusia 28 tahun ini akhirnya menyertai skuad Warga Kota pada 2016 secara pinjaman sebelum sah sebagai pemain KL City sehingga kini.

“Saya sudah bersama KL City hampir lapan tahun termasuk musim ini,” ujarnya.

Pada pentas final Piala Malaysia 2021, Zhafri dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan dan pernah dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Raja Thailand bermula dari 22 hingga 25 September 2022 di Chiang Mai.