UPACARA pembukaan Piala Asia Qatar 2023 telah menarik perhatian penyokong-penyokong bola sepak di serata benua oleh kerana sambutan yang cukup meriah dan penuh warna warni bunga api.

Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani telah turun bersama-sama di Stadium Lusail untuk merasmikan kejohanan penuh berprestij ini.

Selain itu, persembahan pembukaan telah menampilkan lakonan Kelilah dan Demnah, iaitu antara koleksi kisah dongeng lama yang popular di Timur Tengah dan melibatkan banyak haiwan termasuk dua serigala bijak.

Perasmian itu turut diikuti dengan nyanyian lagu tema rasmi kejohanan, ‘Hadaf’ oleh penyanyi tersohor Qatar sendiri, Fahad Al-Hajjaji dan Kuwaiti Humood AlKhudher.

Lebih menarik lagi, kapten pasukan kebangsaan Qatar, Hassan Al Haydos yang sepatutnya mengetuai ikrar kejohanan telah memberi kehormatan itu kepada kapten pasukan Palestin, Musab Al-Battat.

Sebagai satu tanda hormat dan belas kasihan kepada insan-insan yang terkorban di Palestin, acara penutup perasmian itu telah memainkan lagu kebangsaan Palestin.