PEMENANG kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman menyertai ahli keluarga Tok Gajah bagi musim 2023.

Menerusi hantaran di Facebook (FB) rasmi Sri Pahang PFC, Sherman menjadi taruhan terbaik selaku peledak pasukan berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

“Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Sherman sebagai wajah baharu di barisan serangan.

“Sejak beraksi di Liga Malaysia bermula 2017, penyerang dari Liberia ini telah membuktikan dirinya sebagai antara penyerang berkualiti ‘kaki gol’ dengan meledak keseluruhan 72 gol bersama MIFA, PKNS, Kedah dan Terengganu.

“Selamat datang Kpah ke Darul Makmur, semoga terus bernafsu memburu jaringan,” katanya.