PEMILIHAN Pengarah Teknikal dan Ketua Jurulatih renang negara yang baharu, hanya akan diputuskan bulan depan.

Meskipun sudah mengumpul 26 resume, semuanya dari luar negara, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) hanya akan memutuskannya dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Disember depan.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, selepas bermesyuarat, barulah pihaknya (MSN) atau MAS membuat pengumuman mengenai pengarah teknikal dan ketua jurulatih yang terpilih.

Calon pengarah teknikal dan ketua jurulatih renang negara akan diputuskan Disember depan, -Abdul Rashid Yaakub.

“Ketika ini, kita still go through the list, sudah ada nama tapi berkemungkinan akan ada pertukaran kerana belum ada penetapan dibuat.

“Ya kita menerima permohonan daripada jurulatih luar baik dari Kanada mahupun Amerika Syarikat dan mereka mempunyai reputasi besar, tetapi mana satu jurulatih berkapasiti boleh diambil, akan melalui perbincangan bersama pihak persatuan, jadi tunggu mesyuarat jawtaankuasa kerja terlebih dahulu,” kata Abdul Rashid.

Menurutnya, bajet yang diperlukan untuk menggaji pengarah teknikal dan ketua jurulatih baharu juga belum dibincangkan, namun yang pastinya, pencarian dua individu untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bertujuan untuk pembangunan bakat baru sukan renang.

Setiausaha Kehormat MAS, Andy Low mengesahkan Persekutuan Renang Malaysia (Mas) menerima 26 resume bagi mengisi jawatan ketua jurulatih dan pengarah teknikal renang baharu.

“MSN dalam usaha menuju masa hadapan untuk renang terutamanya, kita memang mahu perkasakan sukan renang, memang ada dalam perancangan kita perkasakan renang dan olahraga.”

Sebelum ini MAS mencari pengarah teknikal dan ketua jurulatih renang dan mengiklankan jawatan itu ke laman web World Aquatics.

ARTIKEL BERKAITAN : Jawatan ketua jurulatih ‘laku keras’, 4 calon antara pernah lahirkan perenang Olimpik

Malah, Setiausaha Agung MAS, Andy Low turut berkongsi seramai 26 calon dari luar negara termasuk mereka yang mempunyai reputasi melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik, menghantar resume sebagai pengarah teknikal dan ketua jurulatih.

Urusan pencarian dua posisi itu digalas Penolong Setiausaha MAS, Nurul Huda Abdullah.