PEMINAT bola sepak di Thailand teruja selepas mereka akan dapat menonton semua perlawanan kejohanan Euro 2024 secara langsung dari 14 Jun hingga 14 Julai.

Menurut laporan, konsortium syarikat swasta negara berkenaan telah berjaya mendapatkan hak penyiaran, memastikan peminat tidak akan terlepas satu saat dari aksi tersebut.

Pembabitan serius pihak kerajaan dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin yang memastikan supaya siaran langsung dapat diadakan bagi memenuhi keperluan dan selera rakyat akhirnya tertunai.

Mereka menggunakan segala kuasa, pengaruh sebagai pemerintah yang ada bagi mendapatkan tajaan untuk memastikan peminat menikmati perlawanan dengan penuh tanggungjawab dan pada masa mengelak daripada berjudi sepanjang kejohanan itu.

Srettha Thavisin mengumumkan berita gembira siaran langsung percuma EURO 2023 buat seluruh rakyat Thailand.

“Bola sepak adalah sukan yang popular di kalangan rakyat Thai, dan kejohanan Euro 2024 adalah acara bola sepak terbesar, kedua selepas Piala Dunia.

“Di samping mempromosikan sukan dan pertandingan sukan antarabangsa, kerajaan percaya bahawa lebih 60 juta rakyat Thailand berhak untuk mengetahui dan menonton pertandingan bertaraf dunia, yang merupakan sesuatu yang dianggap penting oleh kerajaan ini,” kata Srettha Thavisin yang merupakan seorang penyokong tegar Liverpool dan akan menyokong pasukan England.

Langkah ini hadir tepat sebagai dorongan utama kepada peminat bola sepak Thailand, memandangkan bola sepak adalah salah satu sukan paling popular di negara itu.

Demam bola sepak bakal melanda Thailand, menjadikan musim panas ini sebagai untuk diingati oleh semua peminat sukan.