HAJAT Kuching City FC meraih tiga mata tidak kesampaian apabila diikat PDRM FC 2-2 pada aksi Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan bermula baik dengan menyaksikan asakan-asakan ke pintu gol lawan dalam usaha membuka jaringan.
Bagaimanapun, Kuching City akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-10 menerusi pemain import Abu Kamara.
Tersentak dengan jaringan itu, kesebelasan PDRM mula bangkit dalam usaha menjaringkan gol penyamaan dan usaha mereka berjaya apabila Martin Adamec, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-23.
Kedua-dua pasukan kemudiannya mula menggandakan asakan pada separuh masa kedua dalam usaha menambah jaringan.
Pada minit ke-85, Aylton Alemao kembali meletakkan Kuching City di depan namun kegembiraan pelawat tidak kekal lama apabila penalti Azrie Reza Zamri pada penghujung masa tambahan mengakhiri permainan dengan keputusan seri.
Sementara itu, pertemuan antara Selangor FC II dan Skuad Projek FAM-MSN di Shah Alam terikat tanpa jaringan.