ARGENTINA menewaskan Australia 2-1 untuk mara ke suku akhir dalam perlawanan Piala Dunia  yang menghiburkan di Stadium Ahmad bin Ali, sebentar tadi.

The Albiceleste menjaringkan gol melalui Lionel Messi dan Julian Alvarez, yang kemudiannya cuba dikurangkan oleh Australia melalui Craig Goodwin.

Keputusan ini membuatkan Argentina berhak mara ke suku akhir manakala Australia pulang ke tanah air. Argentina bertemu dengan Belanda yang berjaya menewaskan Amerika Syarikat dengan jaringan 3-1.

Lionel Messi yang melakukan penampilan ke-1000 dalam karier memecah kebuntuan buat Argentina pada minit ke-35. Dia melakukan rembatan rendah selepas menyambut bola daripada hantaran Nicolas Odamendi.

Malahan, ia juga merupakan gol ke-789 yang telah dikumpulkan oleh Messi.

Selepas mendahului 1-0, Argentina masih mengawal permainan. Australia nampaknya cuba menjadi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.

Australia masih menunjukkan prestasi yang sama seperti sebelum dibolosi. Wakil Asia itu lebih gemar menunggu untuk mendapat mendapat peluang memberi tekanan kepada Argentina, tetapi sehingga separuh masa pertama tiada gol penyamaan terhasil.

Messi melakukan rembatan pada minit ke-50, rentak bola terlalu lemah untuk mudah ditangkap oleh penjaga gol Mathew Ryan.

Otamendi hampir melakukan kesilapan pada minit ke-52. Hantaran belakangnya kepada penjaga gol terlalu perlahan sehingga boleh dicuri oleh pemain lawan jika Emiliano Martinez terlambat mengejar bola.

Australia melakukan kesilapan dalam kotak penalti. Ryan cuba bermain bola dengan membuat hantaran ke belakang untuk melepasi dua pemain Argentina tetapi Julian Alvarez berjaya mencurinya untuk membantu Argentina mendahului 2-0 pada minit ke-57.

Australia mampu mengurangkan defisit gol kepada 1-2 pada minit ke-77. Rembatan Craig Goodwin dari luar kotak penalti terkena pemain Argentina, menyebabkan Emiliano Martinez tidak dapat menyelamatkan gawangnya.

Australia hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80. Aziz Behich dapat memecah masuk ke dalam kotak penalti Argentina, namun rembatannya dilepaskan berjaya dihalang oleh pihak lawan.

Lautaro Martinez gagal memanfaatkan peluang keemasan pada minit ke-88. Dalam kedudukan bebas, dia merembat liar dari gawang Australia.

Tiada gol tambahan sehingga permainan tamat walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang keemasan pada masa kecederaan.

Barisan Pemain:

Argentina: E. Martinez, Molina (Montiel 80′), Romero, Otamendi, Acuna (Tagliafico 71′), De Paul, Enzo Fernández, Mac Allister (Palacios 80′), Messi, Alvarez (Lautaro 71′), Papu Gomez ( Lisandro 50′).

Australia: Ryan, Degenek (Karacic 72′), Rowles, Souttar, Behich, Baccus (Hrustic 58′), Mooy, Irvine, Leckie (Kuol 72′), Duke (MacLaren 72′), McGree (Goodwin 58′).