PENAMPILAN pertama Enzo Fernandez bersama Chelsea gagal memberikan impak selepas The Blues diikat seri tanpa jaringan berdepan Fulham, Sabtu.
Fernandez tampil dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod perpindahan tertinggi dilihat selesa beraksi dan menunjukkan sentuhan berkelas dunia, melakukan hantaran tepat serta merampas bola tepat pada waktunya.
Pemain tengah yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia, berpindah dari Benfica dengan nilai 107 juta pound (RM548 juta).
Turut disenaraikan sebagai kesebelasan utama adalah Mykhailo Mudryk tetapi pemain Ukraine itu dikawal ketat di sebelah kanan dan digantikan seorang lagi pemain baru, Noni Madueke yang kelihatan lebih mantap.
“Kami mempunyai ramai pemain baru. Saya pasti kami akan lebih mengenali permainan masing-masing lebih mendalam dengan cara semula jadi,” kata Madueke.
Pengendali Chelsea Graham Potter turut mengalu-alukan kepulangan pemain sayap England, Reece James dan Ben Chilwell serta Raheem Sterling daripada kecederaan tetapi Chelsea tidak dapat menembusi benteng pertahanan Fulham.
‘Pemain baharu sedang menyesuaikan diri dengan negara baharu dan liga baharu. Ia tidak mudah. Apabila tanda harga adalah apa itu soalan akan ditanya,” tegasnya.
Bagi kapten Fulham, Tim Ream mereka beraksi sebagai sebuah pasukan yang kental setiap kali perlawanan.
“Ia adalah permainan berpasukan. Kami mengusahakannya setiap minggu.
“Bertahan dari depan dan serang dari belakang. Ia memerlukan komitmen kesemua 11 pemain,” ujarnya.