MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan kesemua pasukan Liga Super akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya telah ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).
Keputusan itu dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas ketiadaan MUFC dalam aksi TM Piala Malaysia musim ini disebabkan kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai.
MUFC kini sedang menduduki tempat kesembilan Liga Super 2022 dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan TM Piala Malaysia 2022.
“Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Premier dalam pertandingan Piala Malaysia 2022 di mana kesemua pasukan Liga Super kecuali MUFC akan memperolehi slot TM Piala Malaysia 2022,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi.