Perlawanan Bundesliga antara Augsburg bertemu Mainz 05 di WWK Arena dihentikan pada separuh masa kedua berikutan memberi laluan kepada pemain yang berpuasa.

Ramadan bermula awal April dan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia mula menjalani ibadah puasa.

Salah seorang pemain Augsburg, Moussa Niakhaté, menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim sepanjang bulan ini walaupun padat mengharungi jadual perlawanan.

Ketika aksi tersebut, pengadil perlawanan, Matthias Jöllenbeck, telah diminta untuk menghentikan permainan supaya Niakhate boleh berbuka puasa pada minit ke-65 permainan.

Keputusan daripada pengadil ini telah diterima dengan kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Jerman.

Ketua pengarah komunikasi Jawatankuasa Pengadil Jerman, Lutz Michael Fröhlich, pada hari Isnin berkata: “Tiada arahan umum dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil membenarkan rehat minum seperti itu pada bulan Ramadan atas permintaan pemain.”

Pada Ahad lalu, ketika kemenangan 3-0 RB Leipzig ke atas Hoffenheim, pengadil Bastian Dankert juga turut membenarkan Mohamed Siamakan beberapa minit untuk kembali hidrat.