SERAMAI 18 pengamal media telah diberi peluang untuk meninjau Latihan Fasa Kedua ‘Video Assistant Referee’ (VAR) yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.
Latihan fasa kedua itu telah bermula 26 Ogos lalu hingga 11 September 2023 yang dihadiri 40 pengadil Malaysia bersama 14 ‘replay operator’ sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan VAR dalam Liga Malaysia.
Turut hadir pada sesi itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj Rahman, Ketua Unit Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha dan Pengurus Pembangunan Pengadil FAM, C. Ravichandran.
Lensa liputan hari ke-6 Latihan Fasa Kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) di Wisma FAM Kelana Jaya.
📸 MFL pic.twitter.com/5Aaewznz4R
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 1, 2023
Pengamal media yang hadir kemudian diberikan penerangan oleh Instruktur VAR FIFA, Tamer Dorry dari Mesir dan dibantu oleh Pakar Teknologi VAR, Sebastian Andrzej Szelag dari Poland mengenai sistem dan teknologi VAR serta cara pengendalian operasi VAR.