KEMENTERIAN Belia dan Sukan mendedahkan bahawa penganjuran Kejuaran Motosikal Dunia (MotoGP) adalah lebih murah jika dibandingkan dengan Formula One (F1) dan Formula E.
Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa kos penganjuran MotoGP hanya melibatkan perbelanjaan sekitar RM53.2 juta manakala F1 pula memerlukan modal lebih tinggi sekitar RM 228 juta.
Perbezaan ketara antara dua kategori kejohanan ini pula dibandingkan dengan penganjuran Formula E pula, dimana terdapat sumber yang melihatkan bahawa ia memiliki kos dua kali ganda daripada MotoGP iaitu RM120 juta.
“Walaupun semua orang mengatakan penganjuran ini bagus, penganjuran itu bagus, tetapi kita perlu melihat kemampuan dan minat rakyat terhadap sukan tersebut.
“Kenapa MotoGP? Seperti yang saya katakan, 182,000 pengunjung akan datang dan Litar Antarabangsa Sepang memerlukan acara MotoGP ini,” ujar Hannah ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Rabu.
Untuk mendengar dengan lebih jelas dan lanjut mengenai Formula E, Hannah memberitahu agar pihak KBS akan cuba bertemu dengan mereka yang terlibat dalam kejohanan tersebut dan meneliti tentang perbelanjaan yang terlibat.
“Kita akan adakan satu mesyuarat dan berjumpa dengan mereka minggu depan bagi mendengar maklumat tersebut,” katanya.
Untuk rekod, Malaysia mula menganjurkan perlumpaan F1 dan rasmi menjadi tuan rumah sejak tahun 1999, sebelum nilai pulangan merosot pada tahun 2017 dan tidak lagi jadi penganjur bagi kejuaraan tersebut.