KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan dua pemainnya akan berhijrah ke Liga 1 Thailand secara pinjaman.

Pengarah Teknikal , Hector Bidoglio memberitahu JDT telah mencapai persetujuan dengan Liga 1 Thailand, Ratchaburi  FC untuk meminjamkan dua pemainnya Safawi Rasid dan Moussa Sidibe akan beraksi musim depan.

Sebelum ini, Pengerusi Ratchaburi Tanawat Nitikanchana telah mengesahkan perjanjian tersebut sudah selesai.

Safawi,25, yang baharu menamatkan zaman bujangnya minggu lalu dijangka akan terbang ke Thailand selepas tugasnya bersama skuad negara dalam saingan Piala AFF pertengahan bulan ini.