DUA hari lagi untuk masa yang ditunggu-tunggu, iaitu pengumuman pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 yang bakal diadakan pada 25 Mac 2023.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), di Facebook rasminya pada Sabtu.

Pihak badan induk bola sepak itu juga telah menyarankan agar penyokong-penyokong bola sepak untuk terus mengunci kalendar daripada terlepas menonton anugerah yang berprestij ini.

Dalam perkembangan sama, seperti yang dilaporkan oleh FLASH SUKAN pada Jumaat, MFL akan membuat sedikit kelainan bagi pengumuman pemenang ABK tahun 2023 ini.

Pemenang untuk hasil undian peminat pada ABK 2022.

Penonton boleh sama-sama menonton siaran langsung pengumuman tersebut hanya melalui saluran Astro Arena 801, kerana tiada siaran di platform seperti tahun-tahun lalu iaitu Facebook rasmi MFL dan UnifiTV.

Antara kategori yang dipertandingkan dalam ABK 2023 adalah, Anugerah Fair Play, Pemain Terbaik Piala MFL, Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Piala MFL, Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Liga Super, Anugerah Undian FAN XI, Penjaga Gol Terbaik dan Pertahanan Terbaik.

Selain itu, turut diadakan pemenang kategori Pemain Tengah Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pasukan Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 dan akhir sekali, Pemain Paling Bernilai (MVP).

Jadi, ayuh sama-sama kita nantikan siapakah pemenang-pemenang bagi setiap 16 kategori yang dipertandingkan oleh MFL tahun ini!