PENJAGA gol Chonburi FC, Worawut Sukuna dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan awal pagi Rabu menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
Pemain kelab Liga Thailand 1 itu turut dilaporkan berada dalam pengaruh alkohol ketika kemalangan yang berlaku pukul 4.30 pagi.
Balai Polis Mueang Chon Buri menerima panggilan melaporkan sebuah kereta melanggar kawasan pejalan kaki di jambatan Liap Cha Thahle Road di daerah Ban Khot.
Pihak polis menemui seorang mangsa maut berusia 62 tahun, Kanya Phonghassaban di jalan. Kematian berpunca daripada beberapa kecederaan termasuk di kepala.
Manakala seorang lagi mangsa, seorang lelaki mengalami patah lengan dan telah dikejarkan ke Hospital Chon Buri.
Lebih kurang 20 meter dari tempat kejadian, pegawai polis menemui sebuah kereta sedan Toyato Vios yang kelihatan remuk.
Menurut kenyataan polis, pemandu berusia 20 tahun Worawut ‘Bank’ Sakuna berada dalam keadaan mabuk selepas menjalani ujian alkohol dengan bacaan peratusan 184mg.
Malah dilaporkan juga, Bank enggan menandatangi laporan bacaan alkohol tersebut.
Menurut saksi Sawet Jewatcharin, ketika kejadian dia melihat sebuah kereta Toyota Vios dipandu sangat laju sebelum berpusing dan melanggar arah pejalan kaki.
Kenyataan rasmi kelab Chonburi Football Club
“Eksekutif dan kelab Chonburi FC sedia membantu dan menyembuhkan mereka yang cedera yang kini sedang berehat di hospital Hospital Chonburi.
“Kelab Chonburi FC ingin menyatakan pendirian menentang tindakan Worawut Sukuna, penjaga gol kelab Chonburi FC sekiranya berlaku kemalangan akibat pemanduan dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.
“Kami adalah kelab bola sepak yang bertujuan untuk menjadikan penduduk Chonburi memiliki tubuh badan yang sihat, bebas dari penyakit, dan tingkah laku mabuk dan memandu bercanggah dengan niat kita.
“Mereka juga mengesahkan akan mengawal pemain bola sepak termasuk kakitangan dalam kelab sebab memandu dalam keadaan mabuk sehingga kejadian kerugian sebegini tak berlaku lagi
“Chonburi menyatakan tanggungjawab sosial kelab menegaskan bahawa tidak akan melindungi pelaku, sedia bekerjasama dengan polis dan membawa pesalah ke dalam proses undang-undang. Selain itu, Worawut Sukuna tidak akan dibenarkan ke padang dalam perlawanan bola sepak Liga Thailand sehingga kes selesai dan hukuman diteruskan mengikut undang-undang.
“Bagi Chalermpong Kerdkaew, kelab akan menyiasat semua fakta. Pada mulanya, kelab itu menegaskan dia tidak akan dihantar ke padang sehingga disiasat jika terdapat sebarang penglibatan dalam kesalahan itu,” kata kenyataan Chonburi FC sambil merakamkan ucapan takziah kepada mangsa.