PENJAGA gol skuad Piala Presiden Kelantan FC Muhammad Faris Ikmal Omar dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan pada Ahad.
Berita sedih ini dikongsi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook rasminya.
“Allahyarham yang berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kota Tinggi, Johor.
“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa roh Allahyarham dan memuliakan kematiannya dengan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal yang abadi.”