PENOLONG pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana dalam jurusan Eksekutif Pengurusan Perniagaan.
Kamarul memperoleh anugerah berkenaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kali Ke-18 pada Selasa.
Perkara ini telah dikongsi pegawai media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Wan Fakhrul Wan Bakar di Twitter.
“Tahniah Datuk KAM!,” katanya.
Tahniah buat penolong pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar..
Penerima Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kali Ke-18, hari ini..
Tahniah Datuk KAM! 😎👍💯 pic.twitter.com/VchG71jQtS
— Wan Fakhrul Bakar (@wanfakhrul23) October 24, 2023
Pada 2019, beliau dilantik sebagai pengurus pasukan bawah 19 tahun negara dan pada 2021 memegang jawatan penolong pengurus skuad senior, ketika itu Datuk Wira Yusoff Mahadi bergelar pengurus pasukan.
Selepas peletakan Yusoff pada awal 2022, FAM melantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya merangkap pengurus pasukan dengan Kamarul kekal sebagai penolong pengurus sehingga kini.